Wednesday, 17 August 2011

Red Alert!

Salam Ramadhan semua...hari ni I nak berceloteh dalam bahasa ibunda saya, bolehkan haha! Hmmm, dalam kecoh-kecoh saya berentap dengan masa untuk menghabiskan kueh-kueh raya untuk Mak dan Mentua saya, di pagi hari Isnin, saya telah mendapat satu panggilan talipon.....Yong yang selalu menempah kek dan tart meminta pertolongan saya....dia memerlukan 1,500 cupcakes...mak ai! Banynaknya! Saya langsung teringatkan beberapa rakan sekapal saya yang juga sambil-sambil membuat kek dan kukis di rumah unbtuk jualan.....
Cerita punya cerita, bincang punya bincang, keputusannya ialah...saya akan menyediakan 500 Red Velvet kapkek manakala Wiz akan menyediakan 500 Moist Chocolate kapkek...manakala 1,500 kapkek yang lain Yong akan usahakan sendiri!

Alhamdulillah, semalam Wiz telah menghantar 500 Moist Chcocolate kapkeknya dan saya berjaya menyiapkan 500 Red Velvet kapkek pada pukul 3 pagi tadi...amin! Saya amat-amat berbesar hati terhadap Yong yang telah banyak mempromosi hasil kerjatangan saya semenjak beberap bulan ini....

Tapi, malangnya, selepas Maghrib semalam, say mendapat berita bahawa Yong telah dimasukkan ke APSH....kata Yong sakit perut yang teramat sehingga tak boleh berjaln.....pagi tadi Yong memberi tahu saya bahawa terdapat batu karang di dalam hempedu? pundi kencing? ...gallbladder..... segala urusan Yong sekarang di pikul oleh suaminya....sesungguhnya Yong adalah seorang yang sangat gigih...saya kagum dengan usaha beliau...majlis yang akan memerluka kapkek-kapkek itu bermula pada pukul 3...inshaalllah semua berjalan lancar....saya akan pergi melawat Yong, malam nanti inshaallah! Tq Yong! Muahssss!
Ini pula kapkek-kapkek yang telah disediakan oleh Wiz..tak sabar saya nak rasa Tart Nenas dan Biskut Maamor yang Wiz beri semalam.....Tq Wiz, my pillar!

Amacam, okay tak saya berceloteh dalm bahasa Melayu nih :p

9 comments:

syasya said...

hehe okeh sangat!..alhamdulillah murah rezeki sis bulan puasa ni =)

ijayuji said...

Salam kak yani!! pitam** aduhhhhh kalau kita kena buat gitu mmg jwbnyer kitalah yg tido kat ward hihihi.... eh eh, bahasa ibunda yg sgt klasik :D cantek kejadian cuppies2 akak niii ni yg rasa mcm nak pergi menuntut ilmu jerrr dgn akak, kalau dekat mmg akak lah org yg kita carik :D

MrsNordin said...

Mana ada "kukis" dalam Bahasa Malaysia? Ada ke??

Anonymous said...

Saya rasa bahasa ibunda anda di tahap cemerlang. Tahniah! Saya bangga belayar sekapal dengan anda menuju ufuk timur.

Semoga kapkek2 kita menjadi penyeri majlis dan membawa kemanisan yg akan meniti di bibir tetamu untuk buat masa yang mendatang.

Unknown said...

kak yani 500pcs...wa bisa pengsan aku di buatnya...anyway Well done! love d cupcake boxes tu...cni takde jual huhuh

Mrs & Miss Vanilla said...

Wow Yani, mmg respek abislah... 500 biji jgn main2... Tabik spring kat u n Wiz for job well done :)

Murni

Edi said...

tahniah kak yani dan kak wiz. saya terpana melihat kegigihan anda berdua menyiapkan begitu ramai kek cawan.

walaubagaimanapun, semoga yong sihat semula secepatnya.

Ana Rashid said...

seronok membaca catatan celoteh anda yang ditulis di dalam bahasa ibunda anda. tahniah diucapkan di atas kejayaan menyudahkan semua 500 biji kek cawan (ehem...kapkek???)seperti yang ditempah. sungguh cantik dan comel hasil tangan anda.

(ni sah-sah yani dok pikiaq dlm english sambil taip update ni...)

Zatil said...

Hi kak yani..:)
Agak kekok saya membaca belog ini..sebab dah terbiasa membaca dalam bahasa inggeris..

tahniah..bukan senang nak menyiapkan 500 biji kek cawan itu..

Related Posts with Thumbnails